Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa....



Hari ini, bermula la ramadhan, maka semua muslim di wajibkan berpuasa...
Bagi perokok-perokok tegar, maaf, anda tidak boleh merokok.. huhuuhuuhuu..
semangat bangun sahur hari ini, tung tang tung tang siapkan makanan tuk sahur.. alhamdulillah selesai sudah bersahur...
Anda semua macam mana.. mesti semua bersemangat...:-)


Friday, June 3, 2011

Perhimpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya

Pada 28-29 Mei lau, telah berlangsungNya perhimpunan sejuta belia 2011... Banyak booth yang menambat perhatian pengunjung. serentak dengan itu, sure heboh TV3 turut diadakan pada tarikh tersebut.... Para-para sukarelawan bertungkus lumus untuk memastikan semua acara berjalan dengan lancar... Akhir sekali.. Layan gambar la pulak..




Tuesday, May 3, 2011

Fly Ride HWC TO PD @ Port Dickson

Tanggal 29 April-1 mei 2011, Honda Wave Club telah mengadakan satu Fly ride ke PD... semua member x kira dari utara,selatan, timur menjayakan ride kali ini...
kemuncak Acara bermula pada 1 mei 2011 dimana antara aktiviti yang diadakan antaranya bola sepak pantai, menaiki banana boat, pusing-pusing Teluk Kemang dan PD..
Pada malamNya pula, diadakan BBQ..

---(\(\-------■--/)/)----
---(=':')-------(':'=)----
----(,(")(")..(")("),)----sambung buat keja lak..

Sementara tu.. Layan Gambar Dulu...












Thursday, April 21, 2011

Motosikal Pilihan.....

Antara Motosikal yang menjadi Idaman :


Kawasaki Versys



Kawasaki ER6F






HONDA CB400



Walauapapun wa perlu ambik lesen B full untuk memiliki Motosikal yang berkuasa lebih dari 250 CC... Range tuk upgrade from B2 ke B adalah lebih kurang antara
RM 700-RM800 dan mungkin jugak lebih... bila la nak merasa ride pakai CC besar ni...
Upgrade lesen in progress.. motornya masih mencari-cari yang mana yang best for money and value.. :-)

Tuesday, April 5, 2011

HONDA WAVE CLUB





HONDA WAVE CLUB
UNDANG-UNDANG KELAB HONDA WAVE
1. Berumur 16 tahun dan keatas
2. Mempunyai lesen memandu yang sah
3. Memiliki motosikal HONDA WAVE
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN KELAB HONDA WAVE
-Motosikal hendaklah memenuhi spesifikasi yang diluluskan oleh undang-undang
-Menjaga maruah dan nama baik diri dan kelab
-Menghormati orang yang lebih tua dan AJK KELAB
-Tidak melakukan jenayah yang boleh merosakkan nama baik kelab
-Mematuhi Undang-Undang Negara dan peraturan jalan raya
-Bersedia memberi kerjasama dan bantuan untuk menjayakan aktiviti kelab
-Sentiasa berdisplin ketika atau dalam program atau aktiviti yang dianjurkan atau disertai oleh( H.W.C )
-Tidak Bertelagah atau bergaduh diantara ahli-ahli kelab ( H.W.C )
-Kewajipan menghadiri perjumpaan kelab kecuali KECEMASAN
-Mesti mempunyai semangat untuk lebih memperkenalkan tentang KELAB HONDA WAVE (H.W.C) di seluruh Negara.

Person incharge:
KEDAH ( PIDOWT TAZMANIAN) --> 017 - 5297950
PERLIS ( NABIL MAZLAN ) --> 012 - 5866907
PERAK ( TULANG HWC IPOH ) --> 017 - 4179616
PULAU PINANG ( MAT BIEN ) --> 013 - 4116272
KELANTAN ( ASYRAFF ) --> 013 - 3015988
SELANGOR & KL ( JEP PEDROSA ) --> 017 - 2831642
MELAKA ( WAN ALIMAT MY MAXXIS) --> 017-6114364
N9 ( SHAWON EJAM) --> 012-7669617
JOHOR ( EPIN) --> 012-7863940

Monday, April 4, 2011

Nasib tidak baik...

Hajat di hati ingin lunch special la sket.. So bawak la motor pi lunch..
Nak dijadikan sedang-sedang duk bawak motor tetiba je ada sorang mamat membuka pintu keta x tengok belakang.. terkejut aku dibuatNya.. nk mengelak sebelah kanan pon ade kereta..
..... DUMMM.. aku terjatuh lagi.. nasib pakai helmet yang dijamin sirimNya. adus sakitNya... habis lengan-lenganku calar.. seluar dengan baju seb baik x de yang koyak.. tengok motor lak nasib x teruk mana.. Aku bangun tgk side mirrow dah terpusing.. mujur x patah je.. cuma raga dah nampak rekahan nak pecah...
Dalam kesakitan aku gagahkan diri tengok keaadaan motor.. takut ade yang rosak teruk..
Lepas pada itu aku ingat nak gi klinik, tp tengok sket je. aku pon ke masjid berdekatan tuk membasuh luka..



"ps: Hati-hati memandu, jika anda tidak melangggar peraturan, mungkin orang lain melanggar peraturan.. Malang x berbau"

Berjalan-jalan di Putrajaya




Keheningan petang di Putrajaya sambil relakskan minda dan mencari ketenangan.....
Banyak tempat-tempat menarik dan indah di putrajaya sebenarnya.. sesuai untuk dijadikan tempat beriadah di hari minggu bersama kawan-kawan, keluarga dan teman tersayang...

Tuesday, March 15, 2011

Ride To Ipoh.....














- Pada tanggal 12 mac satu ride santai HWC Selangor telah diadakan ke ipoh sempena perkahwinan kekanda Tulang (HWC Ipoh). Konvoi disertai lebih kurang 7 buah motosikal. Jangan Sangka pempuan takut ride. Konvoi kali ini juga disertai oleh seorang perempuan...

Alhamdulillah semuaNya berjalan Lancar walaupun ada beberapa masalah kecil yang melanda..
selepas selesai acara di rumah tulang, kami pergi bermain bowling.. Enjoy.. sempat lagi menggunakan kerusi urut kat tempat pusat bowling..

Monday, March 7, 2011

Wedding at Muar

Kini ku kembali, dengan satu hobi baru, iaitu menangkap gambar.. Maklumlah dah ade new gear.... hehehehe...
Baru je belajar sket-sket dari orang yang berpengalaman dan ilmu yang dipelajari time belajar dulu... Segala komen amat dialukan..


pengantin bersalaman dengan pasangan masing-masing


pengantin perempuan menanti ketibaan pengantin lelaki

Pengantin lelaki bersiap sedia berjumpa pengantin perempuan..

Friday, February 25, 2011

Siapa aku disisi mu...

Rasanya sudah lama tidak menulis disini..
"Siapa aku disisi mu..." memang susah hendak mentafsirkan perasaan seseorang. Mengapa begitu susah si Dia menerima aku... mungkin jugak pengalamannya yang lalu yang pernah dikecewakan membuatkan si dia x mau lagi dikecewakan.

Tidak kah ada sedikit ruang untuk aku disisiNya.. Aku pernah menyatakan hasratku kepadanya.. perlukah aku menyatakanNya lagi... aku membiarkan sahaja masa yang menentukan....
Cukup sekadar melihat si Dia ketawa riang dan ceria selalu... Mungkin itu yang terbaik untuk aku dan dia...

Wednesday, January 19, 2011

Bila Perempuan menangis...

Tidak semua perempuan akan tunjukkan air mata bila sedih dan sakit hati. Perempuan yang tak mudah menangis memang ada, segelintir tak ramai. Adakah perlu menangis...???
Rasanya perlu.. Perempuan akan pergi cari tempat tersorok pastu menangis(Cover line), kalau tak pun menangis dalam hati....



Bagi perempuan menangis itu semestinya, kalau tak takda nama dia perempuan.... Oleh itu, sebagai lelaki, jangan la buat perempuan menangis kerana apabila perempuan menangis disebabkan kamu, maka sebagai lelaki, kamu kena la memujuk perempuan yang menangis disebabkan kamu itu (gentleman)...

~~ Helah Dalam Sistem Ujrah ~~

UJRAH

Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'. Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram? Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.

Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100
Average Asset During The Year

1- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.2- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

2- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

3- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

4- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

5- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

6- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

7- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

8- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

9- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

10- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

11- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

12- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

13- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

14- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

15- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

16- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

17- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.


Sumber asal: http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html





Tuesday, January 18, 2011

Shanghai-Beijing Trip

Ramainya orang beratur nak masuk Pavillion

ABCD Company Trip 2010


Pavillion at Shanghai


Next year trip kemana la pulaknya..??????