Thursday, December 30, 2010

Tahniah Buat Skuad Harimau Malaya

Tahniah Buat skuad bimbingan Raja Gopal.. Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia pada kali ini.
Berbekalkan 3-0 di tempat sendiri, skuad harimau malaya berjaya membawa pulang untuk pertama kalinya ke Malaysia dengan Agregat 4-2.. "Malaysia Boleh". Dengan Kejayaan skuad Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF kali ini PM kita telah mengistiharkan cuti Umum Pada 31 Disember 2010..
Corak Permainan pemain-pemain harimau malaya kali ini nampak peningkatan dengan kesungguhan setiap pemain memainkan peranan masing-masing. Safie Sallie, Nor Shahrul Idham Talaha, Syed Fahmi@Apex antara pemain-pemain yang disebut yang memberikan semangat kepada pemain lain untuk berjuang bagi merebut Kejuaraan pada kali ini.Tidak lupa juga kepada pemain veteran kita Amri Yahya yang mempunyai banyak pengalaman.
Teruskan Usaha dan fokus. Jangan Lalai dan mudah lupa.

~~ Luahan Hati ~~

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Monday, December 27, 2010

Selamat Sudah...

Fuhhh ~~~~~
selamat sudah berada di malaysia sudah. Cuaca nampaknya elok dengan suhu 26 C
semasa berada di Cina, banyak tempat-tempat bersejarah aku dapat lawati dengan keadaan suhunya dibawah paras 0 C . sejuk macam berada dalam sebuah peti sejuk yang besar.
banyak juga aktiviti menarik macam dapat bermain ski, Jalan-jalan, Shopping dan sebagainya.


Friday, December 17, 2010

Selamatkan perjalananku pergi dah balik...

Ya Allah, Ku memohon kepadu selamatkan perjalananku pergi dan balik.... Jauhkan aku daripada yang boleh melalaikanMU.. sesungguhnya kepadaMU la aku meminta.. Amin...

Thursday, December 16, 2010

Wikileaks?


Seminggu lepas, seluruh negara membicarakan tentang wikileaks. Malaysia jugak turut membicarakan isu yang sama dimana pendedahan berkenaan Kes Anwar Ibrahim...
Banyak pendedahan dalam web wikileaks yang konsepNya lebih kurang sama dengan wikipedia dan seangkatannya dengannya.. cuma wikileaks memdedahkan maklumat sulit yang x sepatutnya didedahkan oleh public..
Kesahihah maklumat itu terpulang pada individu yang terlibat samada maklumat itu betul atau sebaliknya.. Mungkin ada yang betul. dan Mungkin jugak ada yang ditokok tambah, walauapapun peace not war Okey....

wikileaks mendedahkan kebohongan Demokrasi yang dicanang oleh US, kebebasan bersuara yang orang Islam dan parti Islam dekat malaysia terikut2 dan percaya dengan jalan Demokrasi boleh mendirikan negara Islam. Negara Uncle Sam yang terkenal dengan kebebesan bersuara, ternyata menyuruh Amazon.com menutup laman web wikileaks
Mendedahkan pemimpin-pemimpin umat Islam yang menjual agamanya untuk dunia.

Macam operasi tentera dekat Pakistan, macam mana boleh Muslim kill Muslim. Pakistan memberikan/memohon bantuan kepada tentera
Dekat indonesia pemimpin2 semua menggadai hasil negara ke US rakyat dibiarkan miskin.
Patutkan ini semua berlaku..? Anda semua yang tentukan..

Tuesday, December 14, 2010

Biarkan Ia berlalu


Ada masa ni, boleh la aku menulis disini.. betulkah tajuk aku ni??
biarkan ia berlalu.. hmmm..
berbalik kepada previus entry, aku mulai nekad membiarkan
ia berlalu begitu sahaja. Jika Dia betul jodoh ku, "Kalo dah jodoh x kemana", dan jika Dia bukan jodoh ku pon, aku terima "berserah sahaja la".....
lagi beberapa hari nak pergi company trip.. boleh la aku biarkan ia berlalu sambil melawat negara orang lain....

Monday, December 13, 2010

Siapa Aku Di hatimu......



Aku termenung sendirian memikirkan
siapa aku dihatimu?
coretan yang ku luahkan mengikut rentak jemariku di penghujung 2010 ini...

Hmmmmm!!!!
mengeluh aku melihat kawan-kawan dan sahabat yang sebaya diriku sudah
pon memiliki keluarga sendiri.. tp aku...??
Ingin sekali diriku memiliki sebuah keluarga yang bahagia..
Ingin sekali aku beritahu dirinya yang aku betul-
betul sayang dia. kenanganNya yang lalu membuatkan dirinya sukar menerima aku dalam hatinya...

Oh! Tuhan, bantulah aku
aku teramat mencintainya sehingga aku begitu takut
kehilangannya
Namun, tanpa sedarku tingkahku ini membuat dia semakin jauh denganku
aku takut..
teramat takut..

Dia ***** *****
hanya itu yang bergetar dalam hati ini..
sebak...maafkan aku kerana hadirku menambah bebanmu
kejauhan kita
membuat aku ragu sayang
aku ingin hilangkan ragu ku kini

Subhanallah!
kuatkanlah hati ini menempuh segala dugaanMU
aku berserah pada yang Maha Kuasa

Ya Allah, satu pintaku kini
jika benar Dia jodohku
dekataknlah aku padanya
dan jika bukan
jauhkan dia dariku
agar aku tidak terluka lagi Ya Allah
dan jika benar dia ada agenda di sebalik itu
bongkarkanlah ia padaku
supaya hati ini tidak lagi merintih

Hambamu kini berserah
segalanya adalah Engkau Yang Maha ESa
Amin Ya RobanalAlamin


Selamat Tinggal dukaku bersama 2010 yang akan melabuhnya tirainya.......

Counting Day...

2010 akan melabuhkan tirainya.... banyak kenangan suka dan duka telah ditempuhi..
pengalaman lalu akan dijadikan teladan...
Countdown ... 5.. 4... 3... 2.. 1....
Belum Coutdown lagi da....