Thursday, December 30, 2010

Tahniah Buat Skuad Harimau Malaya

Tahniah Buat skuad bimbingan Raja Gopal.. Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia pada kali ini.
Berbekalkan 3-0 di tempat sendiri, skuad harimau malaya berjaya membawa pulang untuk pertama kalinya ke Malaysia dengan Agregat 4-2.. "Malaysia Boleh". Dengan Kejayaan skuad Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF kali ini PM kita telah mengistiharkan cuti Umum Pada 31 Disember 2010..
Corak Permainan pemain-pemain harimau malaya kali ini nampak peningkatan dengan kesungguhan setiap pemain memainkan peranan masing-masing. Safie Sallie, Nor Shahrul Idham Talaha, Syed Fahmi@Apex antara pemain-pemain yang disebut yang memberikan semangat kepada pemain lain untuk berjuang bagi merebut Kejuaraan pada kali ini.Tidak lupa juga kepada pemain veteran kita Amri Yahya yang mempunyai banyak pengalaman.
Teruskan Usaha dan fokus. Jangan Lalai dan mudah lupa.

No comments: